Hiburan

Lebih 500,000 Pengikut 'Burn', Akaun Instagram Amy Seach Kena Hack? Sayangnya!

Hanafis Haris
21/02/2020
10:19 MYT
Sponsor Banner
Lebih 500,000 Pengikut 'Burn', Akaun Instagram Amy Seach Kena Hack? Sayangnya!
Vokalis utama kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman Amy memberitahu akaun Instagram (IG) miliknya telah digodam.
Perkara berkenaan diumumkan menerusi akaun IG terbarunya iaitu @akuamysearch.
Menerusi pemantauan Gempak, akaun lama Amy iaitu @aku.amysearch telah mempunyai pengikut sehingga menecah 577,700.
Malah, Amy juga telah mempunyai lebih 10,000 posting di Instagram berkenaan.
Malangnya, akaun tersebut telah digodam oleh individu tidak dikenali.
Terdahulu, beberapa artis turut terpalit dengan insiden berkenaan dan antara yang menjadi 'mangsa' termasuklah Siti Sairah, Ramona Zamzam, Jihan Muse dan ramai lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024