Laman Utama
“Lebih Dari Syukur Sebab Tak Tercampak Tengah Jalan, Banyak Kereta Masa Tu,” - Isteri Cerita Detik Cemas Fad Kemalangan
Isteri kepada pelawak Fad Bocey, Nur Syahirah A Rahman menceritakan kembali detik cemas saat suaminya kemalangan.
Menurut Syahirah, kemalangan berlaku disebabkan Fad cuba mengelak sebuah kon yang berada dibahagian tepi jalan.
“Untuk yang tanya macam mana jadi, dia cakap dia langgar kon yang ditinggalkan tepi macam tu je. Ada kereta rosak sebelum tu.
“Jalan dah memang gelap dan tak nampak, ada satu motor sebelum motor Fad cuba elak. Jadi Fad motor yang kedua memang dah tak sempat. Terus terbabas,” jelasnya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram.
Dalam hantaran yang sama, Syahirah juga berkongsi perkembangan terbaharu Fad yang kini dirawat di sebuah hospital.
“Terima kasih buat yang mendoakan Fad. Aemalam Fad terlibat dengan kemalangan dalam jam 7:15 ke 7:30 malam selepas balik kerja.
“Kondisi dia sekarang akhamdulillah stabil. Tak ada patah tak ada pendarahan dekat kepala cuma dia masih di HDU sebab berlaku hentakan,” kongsinya.
Selain itu, Syahirah juga mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada sahabat serta orang ramai yang membantu Fad di lokasi kejadian.
“Apa pun lebih dari syukur sebab dia tak tercampak ke tengah jalan dalam keadaan yang banyak kereta masa tu memang sangat bahaya.
“Buat kawan-kawan yang terus datang dekat tempat kejadian terima kasih banyak-banyak. Yang tolong selesaikan urusan motor Fad.
“Buat dua orang lelaki yang tolong Fad dari awal dan teman Fad sampai selesai, moga Allah balas kebaikan kalian,” coretnya.
Terdahulu, Syahirah memaklumkan Fad terbabit dalam kemalangan pada Isnin dan perlu pemantauan rapi doktor kerana mengalami hentakan di bahagian kepala.