Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Lebih Masa Di Rumah, Neelofa Mahu Khatam Quran - “Ramadan Kali Ini Paling Bermakna & Tak Sibuk”

Asyikin Mayudin 06/04/2024 | 07:55 MYT
Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa menganggap Ramadan kali ini penuh bermakna memandangkan dirinya tidak sibuk bekerja.

Selain mempunyai rutin harian, isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail ini juga lebih banyak meluangkan masa di rumah kerana mahu khatam Al-Quran.

“Untuk Ramadan kali ini, antara yang paling bermakna dan paling tak sibuk untuk saya. Malah saya banyak habiskan masa di rumah sahaja.

“Ramadan kali ini, ada rutin yang teratur tapi sangat bermakna. Dari pukul 4.30 pagi, saya bangun ada rutin-rutinnya. Anak pun dah dua, anak pertama bangun, anak kedua pun ikut bangun.

“Walaupun ada dua anak, saya masih mampu dan boleh kawal. Untuk Ramadan kali ini juga memang fokus untuk khatam Quran. Sebab itu saya banyak masa di rumah untuk baca Quran,” katanya kepada Gempak.

Bilal Belum Puasa

Dalam pada itu, pengacara terkenal ini juga memberitahu anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal belum belajar berpuasa memandangkan dia masih lagi kecil.

“Anak sulung saya belum lagi faham tentang puasa sebab dia pun masih kecil lagi,” ujarnya.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 2, serta Muhammad Abbas yang lahir pada 11 Julai lalu.

BERITA TRENDING: Neelofa Akui Ketidaksempurnaan Dalam Memberi Pandangan - “Bila Sentuh Ibu Bapa, Penjelasan Dalam Bab Agama Itulah Dia”

BERITA TRENDING: Tak Menggelupur Respons Isu & Kontroversi, Ini Cara Neelofa & Awal Ashaari Tangani Krisis! - "Pantas Jawab Mungkin Dipengaruhi Emosi"

#Neelofa #Ramadan #Quran #Khatam Quran #Neelofa khatam #Neelofa Ramadan #Usahawan terkenal
;