Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Lebih Meriah, Menyelerakan & International! Program 'Michael Ang’s Halal Kitchen’ Kembali Buat Musim Ke-2

Hanafis Haris 27/06/2020 | 16:15 MYT
Atas kejayaan musim pertamanya, program masakan kegemaran ramai ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’ tampil buat kali kedua.
Jika sebelum ini, sutradara terkenal Michael Ang mengubah cara masakan makanan warga Cina tempatan dengan menggunakan bahan masakan yang halal, namun kali ini ia tampil dengan sesuatu yang sangat.
Menurut Ketua Saluran Melayu Astro, Azlin Reza Azmi, bagi musim kedua ini, pengarah drama Setelah Terlafaznya Akad dan Sweet Dreams itu memfokuskan kepada hidangan dan sajian antarabangsa dari negara Filipina, Scotland, England, Thailand, Perancis, Uzbekistan dan banyak lagi.
Menurut Azlin, apa yang penting kesemua menu hidangan istimewa itu dihasilkan menggunakan bahan-bahan masakan yang halal.
"Lebih menarik kali ini Micheal akan ditemani artis-artis jemputan seperti Mark Adam, Amelia Henderson, Diana Danielle, Mawar Rashid, Mona Allen, Jonathan Putra, Ramona Zam Zam dan ramai lagi
"Michael juga berborak secara santai tentang selok belok kehidupan peribadi serta perkembangan terbaharu mereka dalam kerjaya.
“Hadirnya artis-artis jemputan ini semestinya akan memeriahkan program dengan gelak tawa dan menampilkan sisi lain artis tempatan ketika ‘beraksi’ di dapur," katanya.
Jelasnya, di saluran NAURA pihaknya sentiasa berusaha untuk membawakan program-program yang bermanfaat bagi penonton.
"Sejak pelancaran saluran NAURA pada tahun 2018, kami tetap dengan pendirian kami untuk menghasilkan program-program yang mempunyai nilai pasaran global di mana pengisiannya sesuai buat tontonan masyarakat Muslim di Malaysia dan komuniti Muslim seluruh dunia.
"Berlandaskan prinsip itu, matlamat kami dengan adanya musim kedua ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’ adalah untuk mengetengahkan konsep ‘global kitchen’ di mana setiap hidangan boleh dinikmati oleh umat Islam.
"Kami yakin mesej yang cuba kami sampaikan dengan sentuhan istimewa Michael kepada audiens dapat dimanfaatkan semua.” katanya.
Program ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’ bakal bersiar mulai 1 Julai setiap Rabu, jam 9 malam di saluran NAURA (CH109).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini juga boleh distrim secara percuma melalui aplikasi Astro GO, dan secara on demand.
Ikuti perkembangan terkini musim kedua ‘Michael Ang’s Halal Kitchen’ di platform berikut.

Michael Ang's Halal Kitchen kembali untuk musim kedua! Dalam musim ini, @michaelang38 menjemput selebriti-selebriti terkenal seperti @markadam1079 @mawarashid @dianadanielleb @ameliath dan ramai lagi untuk menyediakan hidangan dari serata dunia dengan menggunakan bahan masakan yang halal. Mulai 1 Julai 2020, saksikan Michael Ang's Halal Kitchen S2 di NAURA, saluran 109. Setiap Rabu, jam 9 malam. #michaelangshalalkitchenS2

A post shared by N A U R A (@naurashares) on

#NAURA #Halal #“Michael #Ang”
;