Laman Utama

Lee Jong Suk Dedah Sikap IU Yang Buat Dia Jatuh Cinta

Maliah Surip
01/01/2023
14:55 MYT
Sponsor Banner
Lee Jong Suk Dedah Sikap IU Yang Buat Dia Jatuh Cinta
Dunia KPop memulakan tahun 2023 dengan khabar gembira apabila dua selebriti terkenal, Lee Jong Suk dan IU mengumumkan hubungan cinta mereka.
Selepas memberi kejutan kepada peminat tentang asmara mereka, Jong Suk tidak mengambil masa yang lama untuk meluahkan isi hatinya terhadap IU.
Jong Suk, 33, malah menuliskan curahan hati dan mendedahkan mengapa dirinya terpaut dengan penyanyi berusia 29 tahun tersebut.
Dipercayai telah dilamun asmara sejak empat bulan lalu, Jong Suk mengakui sudah mengenali IU sejak mereka berusia 20-an.
“Kami telah menjadi sahabat sejak sekian lama dan kini melalui fasa percintaan yang kami juga tidak sangka akan dicapai bersama.
“Walaupun IU muda daripada saya, namun dia sangat matang dan, hebat sekaligus membuat saya ingin terus menjaganya.
“Saya minta maaf jika lewat mengumumkan tentang hubungan kami, tapi sangat berterima kasih atas sokongan anda semua.
“Apa yang boleh saya katakan, IU adalah wanita yang selalu ada dalam hidup saya. Saya tidak boleh berhenti memikirkan tentang dia,” tulis kenyataan yang diberikan Jong Suk seperti dipetik dari AllKPop.
Bintang Big Mouth itu juga mengatakan IU menjadi pendorong dirinya menjadi manusia yang lebih baik.
“Saya mungkin perlu mendedahkan hal ini lebih awal, tapi saya bimbang.
“Saya harap semua sudi menerima khabar ini. Terima kasih dan selamat tahun baru. Saya sayang anda semua,” katanya lagi.
Terdahulu pasangan ini dilaporkan menghabiskan masa dengan menyambut perayaan Krismas bersama.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar