Berita
Legenda Bolasepak, Maradona Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun
Pemain bola sepak legenda Argentina Diego Armando Maradona menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 60 tahun.
Memetik laporan BBC, berita duka itu disahkan oleh peguamnya yang memaklumkan dia meninggal dunia di rumahnya.
Maradona dilaporkan mengalami serangan jantung selepas dua minggu menjalani pembedahan otak akibat darah beku pada awal November.
Malah, dia turut mempunyai masalah ketagihan alkohol dan dadah.
Menjadi salah seorang pemain terhebat dalam sejarah bola sepak dunia, Maradona merupakan kapten pasukan Argentina ketika memenangi Piala Dunia 1986.
Gol yang pernah terhasil daripada ‘hand of God’ semasa menentang England pada aksi suku akhir turut menjadi kenangan terhebat dalam arena bola sepak.
Kredit Foto: ESPN, Brittanica, Football Sports