Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Lejen Jual Sambal? Tak Malu Ke?” – Ini Jawapan Datuk Awie!

Fiza Kamarudin 03/04/2021 | 11:48 MYT
Vokalis kumpulan rock lagenda Wings, Datuk Awie tidak mengambil pusing cakap-cakap orang selepas mengambil keputusan untuk menghasilkan produk sambal keluarannya, R-WE.
Awie ketika ditemui Gempak berkata, walaupun bergelar selebriti namun dia juga seperti orang lain yang perlu mencari rezeki untuk menambah pendapatan.
“Saya pun manusia biasa juga. Bayangkan masa PKP kami penyanyi mana ada job. Jadi salahke jika saya mencari sumber pendapatan lain untuk menampung perbelanjaan keluarga?
“Saya tidak pernah ambil pusing cakap-cakap orang sebab saya bukan buat salah pun. Saya cari duit secara halal.
“Secara tidak langsung saya juga ingin membantu orang lain mencari sumber pendapatan tambahan dengan menjadi agen dan stokis R-WE,” katanya.
Awie berkata, produk makanan R-WE terdiri daripada empat variasi sambal iaitu Sambal Merah, Sambal Paru, Sambal Ikan Sepat Masin dan Sambal Ikan Kembung.
Selain sambal, R-WE turut mengeluarkan Kambing dan Ayam Perap.

A post shared by Ahmad Azhar bin Othman (AWIE) (@awieofficial)

Ketika ditanya mengenai idea untuk memulakan perniagaan sambal, Awie berkata segalanya bermula selepas bercerai buat kali kedua.
“Semuanya bermula selepas saya bercerai dan saya mula berdikari. Saya masak sendiri untuk anak-anak dan saya mula belajar memasak kerana anak-anak saya perlu makan.
“Saya rasa dalam banyak-banyak masakan, samballah yang paling saya pakar sebab saya sendiri pun memang hantu sambal.
“Jadi dari situlah semuanya bermula sehingga terhasilnya produk R-WE hari ini,” katanya.
#Awie #Datuk Awie #Sambal R-WE
;