Berita
Lelaki Bertopeng Ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, Dua Anggota Polis Maut & Seorang Cedera Parah
Seorang lelaki yang mengenakan topeng dilaporkan menceroboh masuk dan menyerang anggota polis di Balai Polis Ulu Tiram Johor.
Difahamkan, seorang konstabel telah meninggal dunia kerana ditetak di bahagian kepala.
Selain itu, seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel dipercayai maut kerana ditembak di bahagian perut dan lengan.
Sementara itu, seorang koperal juga dipercayai ditembak suspek dan kini berada di zon merah sebuah hospital.
Bagaimanapun, suspek dipercayai telah ditembak mati.
Memetik laporan Berita Harian, sebelum ini, sumber memaklumkan bahawa suspek mencederakan dua anggota polis yang bertugas dan merampas dua laras senjata serta melepaskan dua das tembakan terhadap seorang daripada mereka.
Mangsa yang terlibat dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang ditetak di bahagian belakang leher dan kepala dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said (ditembak di bahu dan perut).
Bagaimanapun, pihak media masih lagi berusaha mendapatkan pengesahan polis mengenai kejadian ini.
Sumber: Berita Harian & Sinar
Berita Trending: "Silence Is Golden" - Ruhainies
Berita Trending: Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Mahu ...