Laman Utama

Lelaki Buta Hantar Voice Note Kepada Isteri Sebab Terjatuh Dalam Lubang Di Laluan ‘Tactile’

Izwan Isa
05/12/2023
01:50 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Buta Hantar Voice Note Kepada Isteri Sebab Terjatuh Dalam Lubang Di Laluan ‘Tactile’
Laluan ‘tactile’ merupakan laluan berjalur yang selalunya mempunyai bonggol-bonggol kecil yang dapat membantu individu cacat penglihatan untuk bergerak.

BERITA TRENDING: Power! Penyanyi Buta Indonesia, Putri Ariani Masuk Final America's Got Talent

Begitupun, malang buat seorang lelaki cacat penglihatan ini apabila dia terjatuh ke dalam lubang di laluan ‘Tactile’ sehingga menyebabkan dia termasuk ke dalam longkang.
@mrranggapnnadia Terkejut saya mendengar voicenote dari suami bagitahu dia jatuh dalam lubang ?? Allah sahaja yang tahu perasaan saya masa tu?? Syukur husband kata dia x ada apa2. Dia dah ke klinik dan Dr kata tiada keretakan (buat xray). Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah. Moga Allah terus menjaga dan lindungi suami. Saya dengan rendah hati, mohon kepada semua, sekiranya ternampak halangan atau lubang yang berbahaya di laluan tactile (laluan orang buta), mohon bantu untuk laporkan kepada pihak yang berkaitan ya. Mari sediakan laluan tactile yang selamat untuk OKU penglihatan. P/s: kawasan area dataran merdeka ke masjid negara #mrranggapnnadia #raiseawarenessfortheblind #okupenglihatan #blind #tiktokguru ♬ Instrumen Sholawat Sedih - Yuda pratama
Isteri kepada individu berkenaan berkata, suaminya bernasib baik kerana sempat menghubungi dirinya menerusi fungsi voice note di aplikasi Whatsapp sebaik sahaja terjatuh di kawasan Dataran Merdeka menghala ke Masjid Negara itu.
Suami Nadia kemudian bingkas bangun dan pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Mujur suaminya tidak mengalami sebarang kecederaan.

BERITA TRENDING: Bapa Lastik Biji Mata Cikgu Sehingga Buta Serah Diri - “Anak Saya Ditendang, Saya Jadi Emosi”

Dalam masa sama, Nadia turut menggesa orang ramai supaya membuat laporan kepada pihak berwajib mengenai situasi yang dialami suaminya.
Meninjau ruangan komen di TikTok, ramai dalam kalangan netizen menzahirkan rasa lega kerana suami Nadia tidak mengalama kecederaan atau luka.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar