Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Lelaki Cerita Detik Cemas Ditikam Ketika Cuba Dirompak Di Pusat Beli-Belah - "Nasib Baik Pisau Tak Kena Pada ..."

Gempak 20/07/2024 | 08:55 MYT
Seorang lelaki cedera di bahagian kepala apabila diserang individu tidak dikenali dalam cubaan merompak di dalam tandas sebuah pusat beli belah terkemuka di ibu negara, baru-baru ini.

Diserang Di Tandas

Menurut laporan World Of Buzz, mangsa yang dikenali sebagai Wayne, berkata, penyerang pada mulanya berdiri di belakangnya ketika berada di tandas.

Namun ketika keluar dari tandas, individu tersebut menyerang dengan menikam mangsa di bahagian kepala dipercayai dengan sebilah pisau.

“Ya, ada lubang 2cm hingga 3cm di kepalanya. Nasib baik, ia tidak terlepas ke tekaknya,” jelas kakak Wayne.

Pengawal Didakwa Tak Bantu

Difahamkan, pengawal keselamatan yang bertugas juga didakwa tidak memberi sebarang bantuan ketika kejadian.

Sebaliknya, pekerja dari butik berhampiran bergegas membantunya.

Ketika kejadian, mangsa tidak menyedari kecederaan yang dihadapi itu agak serius kerana sedang menghalang penyerang daripada melarikan diri.

Dia hanya menyedari tahap kecederaannya itu selepas melihat darah di baju.
Malah, tiada sebarang kehilangan barang peribadi dilaporkan dan mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 14 Julai lalu sekitar jam 6:15 petang.
Mangsa juga telah dibenarkan keluar daripada hospital beberapa hari lalu.

“Saya masih belum berada pada tahap terbaik saya,” ujar mangsa.

Suspek juga telah didakwa semalam (19 Julai) di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, atas hukuman untuk rompakan yang melibatkan hukuman penjara sehingga 14 tahun.

Sumber: World Of Buzz

#Cedera #Ditikam #Merompak #Pusat Beli Belah Terkemuka
;