Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Lelaki Dikejarkan Ke Hospital Lepas Kemaluan Terpacak Tak Turun 3 Hari

Izwan Isa 19/10/2023 | 00:22 MYT
Disebabkan mengalami ereksi secara berlebihan dan melampau, seorang lelaki terpaksa mendapatkan rawatan daripada doktor.
Menerusi laporan Daily Express, lelaki dari timur laut Brazil yang berusia 46 tahun itu dikatakan menelan beberapa biji pil perangsang sehingga menyebabkan dia mengalami ereksi berterusan.
Mengalami sakit-sakit pada bahagian kemaluan, dia kemudian dimasukkan ke pusat kesihatan di Joao Pessoa.
Selepas menerima rawatan daripada pusat kesihatan berkenaan, lelaki itu dibenarkan pulang ke rumah.
Menurut pakar urologi, Andre Brasileiro, berkata, ubat-ubatan seperti pil berkenaan perlu digunakan mengikut bimbingan perubatan.
“Salah satu kesan yang boleh berlaku adalah seperti keadaan ini,” katanya.
BACA: Jurulatih Dodgeball Mengaku Tak Bersalah Jentik Kemaluan Anak Murid​
#Lelaki #Kemaluan
;