“Lelaki Handsome Selalu Setia” - Netizen Terhibur Umisya Mazlan Perli Aslam?
Sepotong video yang memaparkan pempengaruh, Umisya Mazlan sedang bersiaran langsung bersama suami, Ahmad Aslam di TikTok berjaya menarik perhatian netizen.
Jawab soalan netizen
Menerusi video tersebut, Umisya atau mesra disapa Misya dilihat menjawab pertanyaan netizen tentang Aslam.
@safespacemuslimah Bila Misya bagi setepek dekat si Aslam ?♬ original sound - ?
“Mesti Misya suka Aslam ni sebab dia handsome je kan,” soal netizen.
Dengan selamba, ibu dua anak itu memaklumkan bahawa rupa paras suaminya itu tidaklah setampan sewaktu di awal perkenalan mereka dahulu.
“Masa saya pertama kali nampak Aslam dia lagi handsome dari sekarang.
“Tapi bila tengok lama-lama nampak lah tak handsome pun rupanya.
“Lelaki handsome selalunya setia,” ujarnya.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terhibur dengan jawapan yang diberikan Umisya.
“Termenung si Aslam dengar Misya cakap tak hensem pun rupanya.
“Sumpah live diorang tadi kelakar gila berdas-das Misya bagi.
“Dia perli macam tu je kat Aslam, lelaki hensem selalunya setia hahahahha,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Aslam telah menikah dengan anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sekali gus bergelar madu kepada isteri pertama iaitu Umisya.