Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Lelaki Ini Menyesal Kahwin Dua, Isteri Pertama Dah Tak Manja Manakala Isteri Ke-2 Pula Layan Dirinya Persis Hamba

Izwan Isa 02/03/2024 | 11:55 MYT
Kisah lelaki berkahwin dua bukanlah satu kisah yang asing, apatah lagi jika banyaknya kes poligami datang daripada golongan artis dan figura yang dikenali.
Pun begitu, ia tidak bermakna secara realitinya lelaki berkahwin dua adalah hal yang langka dalam kehidupan orang biasa.
Dan impak daripada berkahwin lebih daripada satu menyebabkan banyak hal-hal rumit tumbuh, barangkali kesan daripada pembahagian kasih sayang antara suami dan isteri-isterinya.
Hal itu mungkin dirasai oleh seorang lelaki yang berkongsi mengenai kisah dirinya berkahwin dua.
Menerusi aplikasi NGL yang dimuat naik semula oleh pengguna platform X, lelaki terbabit mendakwa menyesal memilih untuk berpoligami.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Aku lelaki yang menyesal kahwin dua. Isteri pertama dah tak manja macam dulu, anak kandung dah benci aku. Anak tiri layan aku macam bank.
“Second wife layan aku macam hamba. Rasa nak putar balik masa dan fokus keluarga sendiri,” katanya.
Lelaki itu menambah, niat asalnya berkahwin dua adalah mahu membantu seorang wanita yang bergelar janda.
“Niat aku nak bantu janda tapi benda paling sakit aku rasa sekarang ini ialah anak-anak aku sendiri benci aku sampai tahap pandang muka aku pun tak nak. Aku dah malu nak cerita dekat kawan, jumpa psychiatrist pun tak membantu,” katanya.
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan wargamaya meletakkan kesan yang diterima lelaki itu sebagai satu hal yang perlu dihadap jika berkahwin lebih daripada satu.
Foto kredit: ABC News
Sumber: Platform X

BERITA TRENDING: Hantaran Bekas Isteri Suami Shakilla Khoriri Kembali Tular Di TikTok, Netizen Buat Spekulasi - “Ini Punca Mereka…

BERITA TRENDING: Curang Walaupun Ditatang Penuh Kasih, Wanita Ini ‘Cemburu’ Bekas Suami Hidup Tenang Lepas Bercerai

#Poligami #Menyesal
;