Laman Utama

Lelaki Kantoi Curi Kondom Jadi Bahan Gelak Netizen - “Takut Nak Bayar Belilah Online…”

Izwan Isa
13/05/2022
00:50 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Kantoi Curi Kondom Jadi Bahan Gelak Netizen - “Takut Nak Bayar Belilah Online…”
Melucukan! Mungkin perkataan ini tepat sekali menggambar situasi seorang lelaki yang tertangkap mencuri kondom di sebuah pasar pada 1 Syawal lalu.
Hal tersebut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dengan wajah lelaki berkenaan jelas kelihatan keluar daripada premis berkenaan.
Lebih parah, imej pencuri berkenaan yang berpakaian baju Melayu berwarna jingga lengkap dengan songkok dicetak dan dipaparkan di luar pasar raya berkenaan.
“Pencuri. Curi Condom” - begitu bunyi poster yang dilekatkan di hadapan lokasi kejadian.
Menerusi balasan di ruangan Twitter, rata-rata melihat insiden berkenaan sebagai satu hal yang lawak.
Ada juga yang mengandaikan lelaki berkenaan malu untuk membeli kondom lalu bertindak mencurinya. Begitupun, ada segelintir yang menepis andaian tersebut memandangkan pembelian kondom bukanlah satu perkara yang mengaibkan jika sudah berumah tangga.
“Kalau dah kahwin, buat apa malu beli kondom. Tapi ada jer kot yang dah kahwin 3 hingga 4 tahun still malu-malu. Entahlah, aku tak kahwin lagi.”
“Bukannya mahal mana pun, takut nak bayar belilah online.”
Selain itu, ada juga yang bercerita tentang pengalaman kerja di farmasi yang turut menghadapi situasi yang hampir serupa.
“Masa kerja farmasi dulu, benda ni lah paling rajin hilang termasuk aksesori-aksesori dia sekali. Depa malu kot nak bayar,” tulis netizen berkenaan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar