Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Lelaki Maut, Bayi Tujuh Bulan Parah Terlibat Kemalangan Akibat Tayar Pecah

Gempak 23/06/2024 | 21:55 MYT

Seorang lelaki maut, manakala tiga lagi termasuk bayi perempuan berusia tujuh bulan parah dalam nahas tayar pecah di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) menghala ke Rembia, malam ini.

Kemalangan Akibat Tayar Pecah

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa yang maut adalah pemandu kereta Proton Bezza berusia 33 tahun, selain dua wanita berusia 24 dan 30 tahun serta bayi yang menaiki Proton Saga, parah di beberapa anggota badan.

BERITA TRENDING:Tiada Lagi Gambar Bersama Di Media Sosial, Rumah Tangga Baim Wong Didakwa Goyah?

BERITA TRENDING: Selebriti Ular Malaysia Dwan Hamid Mohon Maaf, Tiada Niat Pergunakan Arwah Huzz - "Saya Betul-Betul Ikhlas Menjaganya Di Hospital"
BERITA TRENDING: Pemenang 'Anjing Terhodoh Dunia' 2024 Diumumkan, Bawa Pulang RM23,000

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Penguasa Bomba Kanan I (KUP), Nazri Mat Rais berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.04 malam melalui talian MERS.

Katanya, sepasukan 11 anggota termasuk satu jentera dan perkhidmatan penyelamatan perawatan kecemasan (EMRS) telah dikejarkan ke lokasi dan tiba lapan minit kemudian.

“Kereta dipandu lelaki tersebut dari arah Melaka ke Alor Gajah, manakala Saga di laluan bertentangan. Kedua-dua kenderaan ini telah bertembung selepas tayar Bezza tersebut tiba-tiba pecah...

Mengulas lanjut beliau memberitahu, difahamkan nahas berlaku selepas tayar kereta Bezza dipandu si mati tiba-tiba pecah menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

BERITA TRENDING: Lelaki Menangis Terkandas Bersama Jenazah Bapa Mentua Di Tepi Jalan

“Kereta dipandu lelaki tersebut dari arah Melaka ke Alor Gajah, manakala Saga di laluan bertentangan. Kedua-dua kenderaan ini telah bertembung selepas tayar Bezza tersebut tiba-tiba pecah,” katanya kepada pemberita.

Sumber: Kosmo!

#Kemalangan #Berita #Bayi #Tayar #Kereta #Pecah
;