Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Lelaki Myanmar Mengaku Bersalah Korek Mata Mangsa Hingga Cacat Kekal

Awani 22/11/2024 | 09:25 MYT

Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki sehingga mengalami kecacatan kekal mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa, Sabtu lalu.

BERITA BERKAITAN:Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar - “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

BERITA BERKAITAN:Pemilik Restoran Jual Ayam Goreng Kunyit RM20 Di Langkawi Didenda RM10,000

BERITA BERKAITAN:Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

Tertuduh Murtabis, 28, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Mohamad Azrul Muhd Sobri pagi tadi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menyebabkan kecederaan parah ke atas M.Gunalan, 52, di tepi jalan Flat Rethina, Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor jam 2 petang pada 16 November lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di mahkamah sama, tertuduh turut mrngaku bersalah atas pertuduhan tidak memiliki apa-apa pas yang sah mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kampung Simpang Tiga Tasek Gelugor kira -kira jam 3 petang pada hari sama.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, dan tidak lebih enam sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Airina Syazreen Zainurin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi kedua-dua pertuduhan kerana bukan warganegara.
Kes akan disebut semula 13 Disember depan untuk kehadiran jurubahasa Myanmar.
Terdahulu, suspek yang berbaju T biru gelap tiba di mahkamah diiringi anggota polis pada jam 8.30 pagi tadi.
Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki direman selama empat hari bermula 17 November sehingga hari ini selepas bertindak mengorek keluar biji mata kiri seorang lelaki dalam pergaduhan di tepi jalan berdekatan sebuah flat di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor.
Kejadian kira-kira jam 2 petang Sabtu lalu itu dikatakan berlaku selepas mangsa didakwa mengganggunya dalam keadaan mabuk.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata kejadian itu menyebabkan mata mangsa tidak dapat diselamatkan dan mengalami kecacatan kekal.

#Mata #Lelaki #Mangsa #Myanmar #korek
;