Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Lelaki OKU Ini Nekad Daki Gunung Kinabalu Secara Mengundur? Semua Gara-Gara...

Hanafis Haris 29/01/2020 | 05:19 MYT
Respect! Mungkin itu saja dapat digambarkan mengenai kecekalan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) ini apabila nekad mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records dengan mendaki Gunung Kinabalu secara mengundur.
Biarpun telah melakukannya pada 1992, Edward Taning, 58, sekali lagi akan melakukan aksi serupa pada tahun ini.
Tambah menyayat hati, usaha itu turut dilakukan untuk membantu mengumpul dana kebajikan.
Edward berkata, walaupun memegang kad OKU, dia tidak pernah menjadikannya alasan untuk tidak menyumbang kepada masyarakat termasuk mencari dana melalui aktiviti kebajikan.
"Sebelum ini pernah saya pernah mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama mendaki Gunung Kinabalu secara mengundur pada 1992," katanya yang mengalami kecacatan melibatkan otot di kaki kanannya sejak berusia sembilan tahun.
Tambahnya, apa yang dilakukan ini bukan untuk mencari populariti sebaliknya mahu buktikan golongan OKU juga mampu mencipta kejayaan.
"Saya akan buktikan umur juga bukan penghalang untuk kita mencapai satu kejayaan," katanya.
Sumber - Bernama
#Viral #Viral #Sabah
;