Laman Utama
Lelaki Paku Buah Zakar Sendiri, Terima Arahan Daripada ...
Seorang lelaki di Tunisia menusuk kantung skrotumnya menggunakan dua batang paku selepas mendakwa dia menerima arahan daripada ‘seseorang’ dalam imaginasinya, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Berdasarkan kes yang disiarkan dalam jurnal Urology Case Records, doktor berkata, paku berukuran panjang 6 sentimeter itu dipahat di dua tempat berbeza dengan serpihan lain tersangkut di antara tulang pelvis pesakit.
Walaupun mengalami kecederaan parah, kakitangan Hospital La Rabta berkata, lelaki berusia 23 tahun yang namanya tidak didedahkan itu pulih dengan baik dan terselamat tanpa sebarang kerosakan berpanjangan pada buah zakarnya.
Dia diberikan suntikan tetanus untuk mengelak jangkitan bakteria selain kuku serta tisu kulit mati turut dibuang.
Pesakit berkenaan dibenarkan keluar selepas hanya satu hari ditahan di hospital.
Dia kemudian dirujuk kepada pakar psikiatri yang mengesahkan pesakit mempunyai masalah kesihatan mental yang serius.
“Dalam kes tersebut, pesakit itu mengalami skizofrenia. Di bawah arahan orang imaginasinya, dia memasukkan objek ke dalam skrotumnya,” tulis doktor dalam laporan berkenaan. – AGENSI