Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Lelaki Paling Kotor Di Dunia Mati Diusia 94 Tahun Selepas Pertama Kali Mandi Pada...

Syafiqah Jalal 27/10/2022 | 05:43 MYT

Seorang lelaki yang digelar sebagai 'lelaki paling kotor di dunia' kerana tidak mandi selama beberapa dekad telah meninggal dunia pada usia 94 tahun, lapor media kerajaan pada Selasa.

Amou Haji yang berasal dari Iran itu tidak membersihkan tubuhnya sejak lebih setengah abad dan masih bujang, meninggal dunia pada Ahad di kampung Dejgah di wilayah selatan Fars, lapor agensi berita IRNA.

Tambah laporan itu, Amou tidak mandi kerana bimbang jatuh sakit.

"Tetapi beberapa bulan lalu, buat pertama kali penduduk kampung membawanya ke bilik air untuk mandi,” lapor IRNA.

Pada 2013, sebuah filem dokumentari pendek bertajuk 'The Strange Life of Amou Haji' menyentuh mengenai kehidupannya telah dihasilkan.

#Mati #Kotor #Lelaki #Paling
;