Laman Utama

“Lelaki Sejati Tak Bangga Diri Di TikTok Tentang Sifat Alpha Mereka…” - Nazrudin Rahman Sindir Suami Pelakon?

Shahrin Zulkifle
19/01/2023
08:00 MYT
Sponsor Banner
“Lelaki Sejati Tak Bangga Diri Di TikTok Tentang Sifat Alpha Mereka…” - Nazrudin Rahman Sindir Suami Pelakon?

Sejak kebelakangan ini topik mengenai alpha male atau lelaki sejati telah menjadi perbualan orang ramai. Malah ia turut menyorot perhatian personaliti television, Nazrudin Rahman.

Kata Nazrudin atau mesta disapa Naz, lelaki sejati tidak akan bertindak untuk bercerita mengenai dirinya sendiri di laman sosial.

Malah jelasnya, sebagai seorang lelaki sejati sewajarnya memahami dan mengetahui cara bagi mengawal sesuatu perkara.

“Lelaki sejati sebenar tak membanggakan diri di TikTok tentang sifat sebenar alpha mereka.

“Lelaki sejati memahami rasa ketakutan, bukan melarikan diri atau mengaibkan dirinya sendiri.

“Lelaki sejati ada perasan mengawal diri dan keadaan, namun mengakui ada kalanya rasa tidak selamat,” katanya.

Naz berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi satu ciapan yang dimuat naik di laman TikTok baru-baru ini.

Dalam masa sama, Naz menegaskan kepada orang ramai agar dapat membezakan sifat sebenar antara lelaki alpha dengan lelaki yang kurang ajar.

“Jangan keliru menjadi lelaki alpha dan dengan lelaki yang kurang ajar,” tambahnya.

Terdahulu, suami kepada seorang pelakon yang juga seorang jutawan berkongsi pandangan mengenai perihal dominan, tegas dan alpha yang perlu ada seorang lelaki untuk memikat perempuan

Namun, kenyataan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang kebanyakkan berasa marah selepas mendengar perkongsian individu berkenaan.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar