Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Lelaki Selamatkan Perniagaan Nasi Lemak, Sanggup Bayar Sewa Kedai Setahun Tertunggak

Gempak 20/12/2023 | 09:55 MYT

“Saya akan pastikan mereka berniaga,” itulah kata-kata seorang lelaki apabila dia membantu seorang peniaga nasi lemak untuk meneruskan perniagaan setelah diminta berhenti beroperasi.

Menurut perkongsian di Facebook oleh individu yang dikenali sebagai Sunny, dia menerangkan bahawa kedai nasi lemak kegemarannya itu diminta supaya ditutup akibat mempunyai tunggakan sewa selama setahun.

BERITA TRENDING: Belanja Warga Asing Aiskrim & Yogurt, Lelaki Dapat Pujian Warganet

“Saya makan nasi lemak ni sejak saya umur 7 tahun. Mereka mula berniaga sejak zaman datuk dan sekarang dah sampai generasi ketiga.

“Disebabkan bas tak berhenti di sini, pelanggan dah kurang dan terdapat tunggakan sewa kedai selama setahun,” tulisnya.
Susulan itu, Sunny yang berazam untuk melihat kedai tersebut kekal hidup telah memberi wang bantuan kepada peniaga berkenaan supaya membayar sewa yang tertunggak.
“Mak Cik menangis dan memberitahu pihak bangunan dah keluar surat amaran dan suruh dia berhenti. Tanpa berfikir, saya serahkan wang tunai dan minta dia pergi bayar,” tulis Sunny.
Setakat artikel ini ditulis, entri itu telah mendapat 1,000 tanda suka dan reaksi positif warganet di Facebook.
Sumber: Facebook

#Viral #Berniaga #Nasi Lemak
;