Berita
Lelaki Sempat Jerit Minta Tolong Sebelum Dibaham Buaya
Seorang lelaki sempat menjerit meminta tolong sebelum dibaham buaya dalam kejadian di kawasan setinggan Batu 8, Sandakan, Sabah pada Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 8.20 malam itu, mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintenden K Ramasamy berkata, siasatan mendapati, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan melalui jambatan kayu menuju ke rumah abangnya.
BERITA TRENDING: Pelawak Miliki Dadah Dalam Rumah Direman
BERITA TRENDING: Tular Video Bagi Amaran Jangan Bercinta, Netizen Terkejut Pablo Amirul Ada Anak Perempuan? - “Berani Nak Ngorat, Bapa Saya Pablo…”
BERITA TRENDING: “Dia Terkejut, Tanya Saya Lelaki Ke Perempuan”- Wanita Tular Bersuara Garau Cemas Bilik Hotel Diserbu JAIS, Anggap Pengalaman Lucu
BERITA TRENDING: Reda Dengan Keguguran, Amyra Rosli Tiada Tekanan Nak Tambah Cahaya Mata
"Mangsa kemudian tiba-tiba telah disambar seekor buaya dan ketika kejadian mangsa sempat menjerit dan meminta tolong.
"Mayat mangsa kemudian ditemui oleh ahli keluarganya kira-kira dua meter dari lokasi kejadian pada jam 9.30 malam hari yang sama dengan kesan gigitan buaya di beberapa bahagian badan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk bedah siasat.
"Kes dikasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video