Laman Utama

Lelaki Stress Menang Loteri RM14 Juta, Duit Belum Dapat, Orang Cari Minta Pertolongan

Maliah Surip
29/09/2022
13:25 MYT
Sponsor Banner
Lelaki Stress Menang Loteri RM14 Juta, Duit Belum Dapat, Orang Cari Minta Pertolongan
Seorang lelaki dari Kerala, India, bukannya gembira selepas memenangi loteri sebesar jumlah RM14 juta, tapi mengaku menyesal kerana menjadi pemenang pertama loteri tersebut.
Dikenali sebagai Anoop, pembawa beca berenjin berusia 32 tahun ini mengatakan diri dan keluarganya hidup tidak tenteram selepas berita kemenangannya tersebar di media massa.
Hal tersebut kerana banyak orang mula datang ke kediamannya untuk meminta pelbagai pertolongan. Bukan sahaja dari Kerala, namun ada orang yang mahu meminta sedikit duit dan bantuan daripadanya datang dari Tamil Nadu.
“Saya terpaksa kerap bertukar rumah. Saya pergi ke rumah saudara mara dan terpaksa menumpang di rumah mereka.
“Tapi ada orang yang mampu menemui saya dan membuatkan saya pulang semula ke rumah.
“Cuma masalahnya sekarang saya tidak boleh keluar rumah untuk membawa anak yang sakit ke hospital kerana orang menunggu dan memerlukan bantuan dari saya,” katanya seperti dilaporkan BBC.
Anoop kemudian menjelaskan hal yang membuat dirinya tertekan adalah dia sebenarnya masih belum mendapatkan wang sejumlah RM14 juta hasil kemenangan loteri selepas dipotong cukai dan sebagainya.
“Apa yang saya boleh katakan, saya belum dapat duit kemenangan itu. Tapi tak ada orang yang memahami masalah saya biarpun dijelaskan berulang kali,” katanya dengan kecewa.
Pada masa sama, Anoop mengatakan dia berharap tidak patut memenangi loteri sebesar RM14 juta di tempat pertama.
“Saya harap saya tak menang. Mungkin kalau jadi pemenang ketiga pun ia lebih baik buat saya. Minda saya lebih tenang,” akuinya lagi.
Menurut Anoop dia sudah mula membeli loteri sejak 22 tahun lalu dan kerap kalah. Dia malah sering berhutang dan pernah memecahkan tabung anaknya untuk mencukupkan wang membeli loteri.
Setelah mengetahui dirinya adalah pemenang pertama loteri tersebut dengan jumlah yang tidak pernah dimimpikannya, Anoop mahu membina kediaman baharu buat keluarga dan membayar hutang piutangnya.
Kredit Foto: Firtspost
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar