Laman Utama
Lelaki Tetak Isteri & Jiran Lepas Kantoi Bersetubuh Dalam Bilik Air
Seorang lelaki di Kabupaten Dairi, Sumatera Utara, bertindak menetak isteri dan jirannya selepas menangkap mereka berdua melakukan persetubuhan dalam bilik air.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Dairi AKP Rismanto J Purba berkata, kejadian tersebut berlaku di Kampung Bakal Julu, Daerah Siempat Nempu Hulu.
Katanya, kejadian bermula pada 27 Mei lalu ketika suspek dan isterinya berada di Rantau Prapat. Pada ketika itu, suspek menangkap isterinya menghantar mesej intim dengan jirannya.
Kemudian, pada 21 Jun, suspek pergi pergi ke kebun untuk mengambil air nira. Sementara itu isterinya berada di rumah.
Sekitar pukul 5.30 petang, suspek pulang. Namun, sungguhpun pintu dapur terbuka, dia tidak melihat bayang isterinya di rumah dan tidak lagi melihat isterinya di rumah.
Seterusnya suspek keluar dari pintu dapur mereka dan melihat pintu dapur rumah jirannya yang bercantum dengan rumahnya terbuka. Disebabkan perasaan curiga, suspek kemudiannya memasuki rumah jirannya itu.
Kemudian, suspek terdengar bisikan suara perempuan dan lelaki dari dalam bilik air.
Suspek segera memecahkan pintu bilik air yang berkunci menggunakan kakinya. Suspek terkejut melihat isterinya berada dalam bilik air bersama jirannya.
“Suspek melihat jirannya dan isteri secara bersemuka pada jarak setengah meter sambil membongkok membetulkan seluar masing-masing,” kata Rismanto.
Melihat perkara itu, suspek segera mengambil parang yang terselit di pinggangnya dan segera menetak jiran dan isterinya berkali-kali.
Akibat daripada kejadian ini, jiran suspek mengalami kesan tikaman di belakang, bahu, kepala, tapak tangan, pinggang dan peha. Manakala isterinya pula mengalami kesan tikaman di bahu, kepala dan tapak tangan.
Selepas itu, jirannya sempat keluar dari bilik air dan berlari ke hadapan rumahnya. Suspek sempat mengejar jirannya.
Selepas menetak isteri dan jirannya, suspek berasa lemah. Dia kemudian duduk dan memanggil ketua kampung setempat untuk membawanya ke balai polis. Ketika itu suspek mengaku telah menetak isteri dan jirannya.
“Suspek ditahan di rumah ketua kampung, tidak lama selepas itu polis datang mengambil pihak yang dilaporkan dan membawanya ke Polis Dairi,” katanya.
Mengenai motif, suspek melakukan tikaman kerana tidak dapat menerima si isteri menjalinkan hubungan dengan jirannya.
Rismanto berkata, ketika ini penjenayah ditahan di Balai Polis Dairi, manakala kedua-dua mangsa kini menjalani rawatan intensif di Hospital Sidikalang.
Sumber: Detik