Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Lelaki Tinggal Di Airport Selama 18 Tahun & Jadi Inspirasi Filem The Terminal Meninggal Dunia

Maliah Surip 13/11/2022 | 07:30 MYT

Seorang lelaki yang tinggal di lapangan terbang selama 18 tahun dan pernah menjadi inspirasi terlahirnya filem The Terminal, meninggal dunia.

Warga Iran tersebut, Mehran Karimi Nasseri menjadikan sebahagian kecil lapangan terbang Paris di Roissy Charles de Gaulle sebagai kediamannya sejak tahun 1988.
Nasseri pertama kali terbang ke Eropah pada tahun 1945 dalam usaha mencari ibunya.
Dia kemudian menghabiskan beberapa tahun di Belgium dan menjadi beberapa negara lain seperti Jerman sebagai ‘rumahnya’ kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.
Lelaki itu kemudian kembali ke Perancis dan terus menjadikan Terminal 2F di lapangan terbang tersebut sebagai rumahnya.
‘Kediaman’ Nasseri dikelilingi dengan troli yang mengandungi pelbagai barang. Dia mengisi masanya sehari harian dengan menulis dan membaca buku atau surat khabar.
Kisah kehidupan uniknya itulah telah menarik perhatian sutradara Stephen Spielberg menghasilkan filem The Terminal yang dibintangi aktor Tom Hanks bersama Catherine Zeta-Jones.
Menurut laporan media antarabangsa, di hujung kehidupannya, Nazzeri yang juga memanggil dirinya sebagai Sir Alfred tinggal di lapangan terbang tersebut sehingga tahun 2006, sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan kerana sakit.
Dia yang diberi status pelarian kemudian menghabiskan masanya tinggal di hostel menggunakan duit yang diterima hasil daripada filem yang telah mempopularkan kisah hidupnya di seluruh dunia.
Namun, Nazzeri didapati kembali ke lapangan terbang yang sama beberapa minggu lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua.
Mayat Nazzeri ditemui bersama beberapa ribu ringgit, tambah kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

#Viral #Meninggal Dunia #Paris #Lapangan terbang #Roissy Charles de Gaulle #The Terminal #Mehran Karimi Nasseri
;