Lenjan Berjam-Jam Main Game, Ini 6 Tips Terbaik Untuk Kurangkan Panas Pada Smartphone!
Lihat saja kiri dan kanan anda, pastinya ramai generasi muda sekarang asyik ‘melekat’ hampir 24 jam dengan telefon pintar bermain game.
Permainan seperti Mobile Legends, PUBG, Call Of Duty Mobile antara game yang popular ketika ini.
Namun, buat mereka yang gilakan permainan ini, masalah telefon cepat panas pasti antara yang kerap berlaku.
Gempak kongsikan tips untuk kurangkan kadar kepanasan peranti anda.
#1 Jangan Main Game Sambil Mengecas
Ibarat anda melakukan dua kerja serentak, situasi ini pastinya membebankan telefon pintar.
Selain itu, bateri itu juga cepat bermasalah jika bermain sambil mengecas.
#2 Semak Kemas Kini Perisian
Adakalanya kepanasan turut disebabkan masalah pada perisian game itu sendiri.
Jika telefon anda tiba-tiba panas selepas kemas kini, maka pastikan anda menunggu kemas kini seterusnya.
#3 Turunkan Tetapan Grafik
Fahamkan terlebih dahulu kemampuan grafik peranti anda.
Cip pemprosesan yang berkuasa selalunya mampu menjalankan kadar frame rate hingga 60 frame per second (fps).
Malah, ada juga yang mampu menjalankan sehingga 120fps seperti iPad Pro.
Jika telefon anda tidak mempunyai cip berkuasa, maka 30fps atau tetapan rendah sudah memadai.
#4 Tutup Aplikasi Background Bila Tidak Digunakan
Menurut sebuah syarikat pengeluar telefon pintar, menutup aplikasi pada bahagian background boleh membantu menyejukkan peranti anda.
#5 Elak Terkena Cahaya Matahari
Tahukan anda telefon pintar boleh terpadam secara automatik sekiranya terlampau panas?
Jadi elakkan bermain dalam suasana yang terdedah dengan cahaya.
Bonus!
Tidak pasti sejauh mana kebenaran dan keberkesanan teknik ini, namun jika memikirkan sendiri fungsi Kool Fever yang menyerap dan membebaskan haba, maka tidak rugi jika anda mencuba.
Ramai ‘gamers’ menyatakan kaedah ini agak berkesan, namun tidaklah dalam jangka masa lama.
Daripada membazir jadikan ‘babi air’, lebih baik guna untuk bermain game bukan? Setuju?
cerdik sia aku!!!? pic.twitter.com/3lfi5ftaV9— bulan? (@haziQmardii) May 9, 2020