Leona Terkejut Netizen Tegur Pelat, Azhar Sulaiman Respons - “Leona Macam Ni Sebab Ianya Adalah Sejenis Penyakit Keturunan”
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona akui dia merasa terkejut apabila menerima kritikan daripada netizen mengenai pertuturannya dalam bahasa Melayu yang dikatakan pelat.
Leona hairan
Menerusi satu perkongsian video di akaun TikTok miliknya, Leona berpendapat bahawa pertuturannya dalam bahasa ibunda itu sudah sempurna dan mengakui hairan apabila ada yang menegur mengenai perkara itu.
"Bila saya muat naik video bertutur bahasa Melayu, ramai pula yang cakap saya pelat, tak fasih.
"Respon yang diterima mengejutkan saya kerana saya rasa pertuturan dalam bahasa
Melayu saya sudah sempurna," katanya.
Rakan-rakan anggap normal
Dalam pada itu, Leona turut berkongsi bahawa rakan-rakan rapatnya juga tidak pernah menegur mengenai perkara itu kerana menyifatkan cara pertuturannya adalah normal.
"Saya dapat banyak komen yang memberitahu saya tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
"Bagi saya, cara saya bertutur bahasa Melayu bunyinya normal sahaja. Kawan-kawan sekeliling saya juga berpendapat cara saya bercakap normal seperti biasa," tambahnya.
Azhar Sulaiman respons
Sementara itu, menerusi hantaran lain, pelakon, Azhar Sulaiman turut sempat memberikan respons mengenai isu anak nya yang dikatakan tidak fasih berbahasa Melayu.Menurut Azhar, Leona dikatakan bertindak sedemikian di atas sebab mempunyai penyakit keturunan dan perlu mengambil ubat dari masa ke masa.
“Leona jadi macam ni sebab ianya adalah sejenis Penyakit Keturunan.
“Kami sekeluarga perlu ambik ubat dari masa ke masa,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Terdahulu, video nyanyian lagu raya berjudul Ketipak Ketipung Raya raya nyanyian Aisha Retno dan Aziz Harun yang dimuatnaik naik Leona mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Lebih menarik perhatian apabila Leona gagal menyanyikan lagu tersebut dengan lirik yang betul.
Berita Trending: Pernah Raih Anugerah Pandu Puteri & Pengakap Laut Raja, Pencapaian Lama Leona Bikin Netizen Tergamam - “Girl Power With Brain”
Berita Trending: Isu 'Sailang' Bekas Kekasih BFF, Cupcake Aisyah Akhirnya Bersuara! - "Saya Tak Pernah Jalinkan Hubungan Dengan ..."