Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Lepas Lima Bulan Terapi Ace Dah Boleh Sebut Daddy” - Dr Say Nasihat Pantau Perkembangan Anak

Mya Amri 13/04/2021 | 02:00 MYT
Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril berkongsi perkembangan anak lelakinya, Ace selepas menjalani rawatan terapi selama lima bulan.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Dr. Say memaklumkan Ace kini sudah boleh memberikan respon dengan baik.
“Berkisahkan perkembangan Ace selepas lima bulan terapi. Dari mulut berkunci sekarang banyak dah dia berbunyi.
“Dari kurang eye contact sekarang secara tiba-tiba dia datang dekat mommy dan daddy, bertentang mata dan cium kami atau lentok dekat bahu kami.
“Ibu bapa mana yang tak risau bila anak tak berkembang mengikut apa yang sepatutnya,” kongsinya.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Dalam hantaran yang sama, Dr. Say juga menyatakan rasa gembira apabila sudah boleh bertutur dengan baik.
“Alhamdulillah saya dan bini teramat lega dengan perkembangan Ace. Walaubagaimanapun kami tak akan berhenti di sini.
“Terapi kami akan teruskan selagi mampu. Kepada ibu bapa di luar sana, sentiasa pantau berkembangan anak kita.
“Janganlah asyik nak ‘tunggu dulu’ bila kita boleh campur tangan lebih awal sekiranya ada masalah. Ace siap boleh panggil daddy dah sekarang,” tulisnya.
Dr Say telah berkahwin dengan Dr Azura Abbas pada 30 Mac 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Aezreil pada 5 Mac 2019.
Dalam perkembangan terbaharu, Dr Azura kini hamil anak kedua selepas mengalami keguguran tahun lalu.
#Dr Say #Perkembangan Anak #Dr Say Shazril #Anak Jalani Terapi #Dr Azura Abbas #Terapi
;