Hiburan

“Lepas Ni Dah Tak Degil Nak Pergi Check-Up...” – Acong Keluar Hospital

Fiza Kamarudin
04/05/2020
15:05 MYT
Sponsor Banner
“Lepas Ni Dah Tak Degil Nak Pergi Check-Up...” – Acong Keluar Hospital
Penyanyi dan pelakon Acong mengakui seumur hidupnya dia tidak pernah dimasukkan ke hospital atau mengalami sakit yang serius.
Namun pengalamannya baru-baru ini merupakan pengajaran terbesar dan dijadikan peringatan supaya tidak mengabaikan pemeriksaan kesihatan.
“Alhamdulillah, selepas empat hari dalam wad, hari ini saya dibenarkan keluar. Inilah pertama kali saya masuk hospital.
“Saya tak pernah ada sakit yang kronik..Saya rasalah…Sebab itu bila sakit pening saya buat pemeriksaan di klinik sahaja. “Apapun saya bersyukur kerana isteri berada di samping saya dan kerana tindakan cepatnya membawa saya ke klinik.
“Kalau tidak, saya pun tak tahu apa akan berlaku. Pesan saya, kalau rasa sakit atau pening kepala janganlah tahan-tahan buatlah pemeriksaan.
“Macam saya sendiri, saya pun tidak sedar yang darah saya naik sehingga lebih 250. Jadikan apa yang dialami saya ini sebagai pengajaran dan iktibar,” katanya.
Acong dibenarkan keluar dari Hospital Ampang, Kuala Lumpur, hari ini selepas dirawat selama empat hari akibat tekanan darah tinggi.
Setakat ini kata Acong, kesihatannya sudah bertambah baik dan dia sudah boleh bekerja seperti biasa.
“Saya masih bekerja macam biasa…Masih menyanyi, mengacara, berlakon, berlawak macam sebelum ni. Saya sihat je cuma sekarang ini ada rutin baru, iatu, tak boleh miss makan ubat dibekalkan doktor sahaja.
"Di kesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih kepada yang telah mendoakan saya dan bertanya khabar sepanjang saya berada di hospital sehinggalah hari ini.
"Antaranya Ajak, Rahim, Haleeda, Man Raja Lawak, Fad dan lain-lain,” katanya.
Acong dimasukkan ke Hospital Ampang akibat darah tinggi Jumaat lalu selepas bacaan tekanan darahnya (BP) melebihi 250.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar