Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Lepas Plastik Sampah, Balenciaga Hasilkan Beg Paket Kerepek Kentang Berharga RM8,000!

Maliah Surip 13/10/2022 | 14:42 MYT

Jenama fesyen mewah Balenciaga sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan beg terbaharu mereka yang debut pada Paris Fashion Week baru baru ini.

Beg yang merupakan kolaborasi bersama jenama kerepek kentang terkenal Amerika, Lay’s itu dijual dengan harga sekitar RM8,400.
Apa yang menjadi sensasi adalah beg tersebut benar benar kelihatan seperti sampul kerepek kentang Lay’s!
Ia malah dijual dalam tiga warna serupa dengan paket kerepek kentang yang berada di pasaran iaitu biru, kuning dan campuran merah serta hitam.
Hanya satu perbezaan yang terdapat pada beg ini adalah zip berbanding paket yang boleh dironyok atau dikoyakkan sebelum memakan kerepek kentang Lay’s.
Sejak dilancarkan, foto beg ini telah menjadi viral di media sosial.
Apa lagi Pengarah Kreatif Balenciaga, Demna Gvasalia, memuat naik dan menulis kapsyen pada foto tersebut: “Beg wajib ada dari Balenciaga-Lay’s.”
Sebelum ini jenama tersebut menjadi kontroversi apabila menghasilkan beg mirip plastik sampah.
Foto: Insider, Lifestyle Asia Hong Kong

#Viral #Paris Fashion Week #Beg #Kerepek Kentang #Plastik Sampah
;