Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Letaklah Iras Mira Ke..Tengok Laki Tu Goyang Ke Tak" - Caprice Tempelak Program Cetus Perbalahan

ZULHILMI JALIL 22/07/2020 | 03:22 MYT
Rapper terkenal, Caprice menempelak tindakan individu yang menerbitkan program yang menguji tahap kesetiaan pasangan yang disiarkan di saluran Bros Gang TV di Youtube.
Menurut Caprice, program tersebut disifatkan tidak wajar berikutan hanya menggalakkan perbalahan antara satu sama lain, khususnya dalam sesebuah perhubungan.
"Pertama sekali, tiada siapa boleh nafi banyak kes curang di luar sana. Keduanya, sebab ekonomi tak stabil ramai di luar sana tertekan untuk cari wang.
"Tapi bila anda buat situasi untuk menggalakkan perbalahan atau memutuskan silaturahim. Anda sedang buat kerja siapa? Anda sedang buat kerja syaitan.
"Rosakkan silaturahim. Main dengan nafsu," katanya menerusi satu entri di Instagram.

Curang atau setia cuba try buat dekat lelaki pulak.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Menurut Caprice dia terpanggil untuk bercakap hal tersebut selepas video seorang wanita kantoi curang dan sanggup memilih wang RM20,000 tular di media sosial.
BACA: Hilang Duit RM20,000 & Boyfriend, Gadis Ini Kantoi Tak Setia
Ironinya, menurut Caprice, selepas memerangkap wanita tersebut dengan helah, pengendali program tersebut kemudian seolah-olah menuding kesalahan tersebut bulat-bulat kepada mangsa.
"Lebih kurang seperti anda buka ruang untuk lumba haram, hujung-hujung anda pula yang bagi saman.
"Apa kata uji pada lelaki pula. Letaklah iras-iras Mira ke...tengok laki tu goyang ke tidak.
"Kalau silap laki, kalau bukan kru produksi kena 'balun', pasti kena 'paw'," jelasnya.
Terdahulu, saluran Youtube, Bros Gang TV memuat naik sebuah video berbentuk eksperimen dalam menguji kesetiaan satu pasangan kekasih.
Wanita tersebut yang didakwa tidak bekerja diuji kesetiannya terhadap pasangan.
Mangsa ditawarkan untuk menjadi artis rakaman selain sanggup curang dengan teman lelaki untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang mahu menawarkannya wang RM20,000.
Video tersebut menerima lebih 1 juta tontonan di Youtube dalam tempoh kurang 48 jam selain menjadi perdebatan dalam kalangan netizen di media sosial.
#Caprice #Curang #Bros Gang TV
;