Laman Utama

Lewis Hamilton Dibuli Sejak 6 Tahun, Dipukul, Sekolah Jadi Tempat Paling Trauma

Maliah Surip
25/01/2023
14:50 MYT
Sponsor Banner
Lewis Hamilton Dibuli Sejak 6 Tahun, Dipukul, Sekolah Jadi Tempat Paling Trauma
Pemenang tujuh kali Formula One, Lewis Hamilton mendedahkan mengalami trauma sepanjang bersekolah.
Pendedahan tersebut dibuat sewaktu muncul dalam salah satu siri podcastOn Purpose with Jay Shetty yang disiarkan pada Isnin.
Hamilton juga mengatakan dia mengalami trauma kerana berdepan pembulian dan sikap perkauman.
“Sekolah adalah tempat paling trauma dan meninggalkan kesan dalam hidup saya. Saya sudah mula dibuli sejak usia enam tahun,” dedah Hamilton seperti dilaporkan CNN.
Pemandu Mercedes itu mengatakan, dia pernah berada di sebuah sekolah yang bukan sahaja menjadi mangsa buli tetapi perkauman.
“Hanya terdapat sekitar sekitar tujuh atau lapan orang sahaja pelajar kulit hitam daipada 1,200 yang bersekolah di sekolah menengah saya.
“Dalam beberapa keadaan, saya dibuli dengan teruk seperti dibaling dengan kulit pisang dan perbezaan warna kulit juga turut dipersendakan.
“Dan saya antara tiga pelajar yang sering dipanggil guru besar. Saya rasa sistem pendidikan dan persekitaran sekolah pada waktu itu sangat menegangkan,” luahnya lagi.
Kata Hamilton, dia tidak mendedahkan dibuli sehingga tahap dipukul kepada keluarganya kerana tidak mahu dianggap lemah.
“Saya tidak pulang ke rumah dan beritahu ibu atau ayah saya dibuli dengan pelbagai panggilan buruk atau dipukul dan tidak dapat mempertahankan diri sendiri.
“Saya tidak mahu dianggap lemah oleh mereka,” kata pelumba berusia 38 tahun itu lagi.
Bagaimanapun pihak sekolah yang dihubungi CNN, belum memberi sebarang respons mengenai dakwaan tersebut.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar