Laman Utama

Li Bingbing Tak Cadang Kahwin, Anak Saudara Bakal Terima Aset Kekayaan Berjumlah Lebih RM30 Juta!

Maliah Surip
27/05/2022
06:14 MYT
Sponsor Banner
Li Bingbing Tak Cadang Kahwin, Anak Saudara Bakal Terima Aset Kekayaan Berjumlah Lebih RM30 Juta!
Bintang terkenal China, Li Bingbing dalam satu temubual baru baru ini bercakap mengenai kehidupan peribadinya.
Sebagai seorang aktres yang cukup sukses, usianya kini sudah memasuki angka 49 tahun. Namun, kata Bingbing, dia tidak tertekan terutama soal mencari jodoh.
Malah dia juga sudah memutuskan kepada siapa aset dan harta yang dimilikinya kini yang dinilaikan sekitar RM350 juta (US$80juta) akan diberikan.
Kekayaan itu bukan saja datang dari hasil kerjanya sebagai pelakon, namun bintang filem A World Without Thieves dan Waiting Alone itu juga kerap menjadi pilihan jenama antarabangsa untuk berkolaborasi.
“Pada masa akan datang saya sudah buat keputusan untuk mewasiatkan aset yang dimiliki kepada anak saudara saya. Tidak ada perkara yang boleh memutuskan ikatan kekeluargaan,” katanya dalam tembual bersama 8days.sg.
Bingbing diketahui memang kerap mempamerkan kemesraan dengan dua anak saudara lelaki dan perempuan dalam media sosial termasuk di platform Weibo.
Sebelum ini, dalam satu temubual yang dijalankan pada Mac 2022, Bingbing mengumumkan telah berpisah dengan kekasihnya yang berusia 32 tahun selepas empat tahun bercinta.
Dia bagaimanapun mengatakan masih berhubungan baik dengan Hsu Wen Nan yang disifatkan sudah menjadi sebahagian daripada ahli keluarganya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar