Viral

Lidah Jin Tapis Habuk Dalam Rumah? Minta Maaf Kaki Deko Semua...Itu Tidak Benar!

Fiza Kamarudin
04/06/2020
01:41 MYT
Sponsor Banner
Lidah Jin Tapis Habuk Dalam Rumah? Minta Maaf Kaki Deko Semua...Itu Tidak Benar!
Kebelakangan ini pokok hiasan Lidah Jin atau dipanggil Lidah Mentua menjadi buruan kaki deko, apatah lagi selepas ia dikatakan mampu menapis habuk di dalam rumah.
Namun laman sosial Public Health Malaysia telah memuat naik kenyataan berkaitan perkara tersebut dan memberitahu ia tidak benar.
Ini sedikit info buat kaki deko dan pencinta pokok hiasan. Menerusi posting di Facebook (FB) malam tadi (Rabu) Public Heath Malaysia menyatakan NASA pernah melakukan kajian untuk menguji kesan tumbuhan kepada kualiti udara di dalam rumah pada tahun 1989.
Antara pokok yang dibawa ke angkasa lepas untuk menjalani eksperimen ialah pokok buluh pam, keladi chinese evergreen dan pokok lidah jin.
Kajian mendapati tumbuhan tersebut tidak boleh bertindak sebagai penapis udara kerana untuk tujuan itu, 1000 jenis tumbuhan diperlukan. “Pada tahun 1989, NASA ada menjalankan satu kajian yang popular untuk menguji kesan tumbuhan kepada kualiti udara di dalam rumah.
“Pada ketika itu, pokok buluh pam, keladi chinese evergreen dan pokok lidah jin di bawa ke angkasa dan telah terbukti dalam ruang yang sempit dan pengudaraan yang terbatas, tumbuhan tersebut mampu memperbaiki kualiti udara.
“Namun adakah ia bermakna tumbuhan ini boleh bertindak sebagai penapis udara?
“Jawapannya TIDAK.
“Penemuan kajian tersebut hanya untuk ruang tertutup didalam kebuk udara makmal. Dalam ruang pejabat/ bilik bersaiz 3.1M x 3.1M x 2.4M anda memerlukan 1000 jenis tumbuhan untuk bertindak secara berkesan untuk menapis udara secara berkesan!
“Walaupun tumbuhan dalam rumah tidak berkesan sebagai penapis udara, ia sangat penting untuk mengurangkan stress. Persekitaran yang baik dan indah terbukti dapat meningkatkan mood yang positif dalam aktiviti seharian,” kongsi laman sosial tersebut.
Perkongsian tersebut telah mendapat 16 ribu reaksi positif daripada pengguna FB, 14 ribu perkongsian dan 3,300 komen setakat artikel ini ditulis.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar