Gaya Hidup
Lihat Bagaimana Kafe Ini 'Survive' Ketika Pelaksanaan PKP... Siap Ada Promosi Lagi!
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi serta perniagaan, lebih-lebih lagi kepada pemilik bisnes yang datangnya dari industri kecil dan sederhana.
Ada pemilik syarikat dan pekerja terpaksa menghentikan operasi, ada juga yang terpaksa memotong gaji ketika perintah PKP ini sedang berlangsung.
Namunn begitu, terdapat beberapa peniaga yang datang dengan idea inovatif bagi meneruskan kelangsungan ekonomi tatkala PKP sedang dilaksanakan.
Jenama kafe Harvest Ground yang beroperasi di Sunway Geo dan Puchong datang dengan idea tersendiri.
Biarpun restoran mereka tidak dibuka untuk orang datang menikmati hidangan lazat yang mereka sediakan, mereka datang dengan idea tersendiri iaitu pekhidmatan penghantaran dan 'self pick up' untuk pelanggan yang ada.
Mereka juga datang dengan promosi istimewa untuk pelanggan yang membeli ketika PKP ini!
Kafe ini juga datang dengan siri IGTV perkongsian resepi untuk pelanggan mereka cuba sendiri di rumah...
Wah, menarik bukan!
Lihat promosi yang mereka sediakan di bawah:
Dengan cara ini, mereka dapat meneruskan kelangsungan ekonomi serta pekerja mereka juga tidak perlu risau dengan keadaan semasa.
Jadi, bagi pemilik perniagaan di luar sana, apa kata anda datang dengan idea kreatif untuk meneruskan kesinambungan perniagaan anda!