Laman Utama

Lim Kok Wing Meninggal Dunia Pada Usia 75 Tahun

Azwa Rahman
01/06/2021
06:59 MYT
Sponsor Banner
Lim Kok Wing Meninggal Dunia Pada Usia 75 Tahun
Pengasas dan Presiden Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing meninggal dunia pagi ini.
Berita ini disahkan oleh seorang pembantu Lim, yang enggan memberikan maklumat lanjut.
Minggu lalu, Lim, 75, dilaporkan berada dalam keadaan stabil di hospital selepas terjatuh di rumahnya.
Mendiang memulakan kerjayanya sebagai kartunis, menghasilkan strip komik terbitan tempatan pertama di Malaysia dan Singapura, ABU, yang ketika itu diterbitkan dalam surat khabar Eastern Sun.
Mendiang kemudian beralih ke bidang periklanan, di mana beliau menubuhkan agensinya sendiri, Wings Creative Consultants.
Dalam tempoh kurang tiga tahun, agensi berkenaan mencipta nama sebagai antara agensi utama di negara ini, dan pada 1988, bekerjasama dengan BBDO, salah sebuah agensi kreatif multinasional terbesar di dunia.
Pada 1991, mendiang menubuhkan Limkokwing Institute of Creative Technology yang pertama.
Pada 2002, institusi berkenaan menjadi kolej swasta pertama diiktiraf sebagai kolej universiti, dan kemudian ditukar nama menjadi Limkokwing University of Creative Technology (LUCT).
Sumber: freemalaysiatoday
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar