Laman Utama

Lima Pantang Larang Jawa Dalam Filem Jagat Arwah Yang Penonton Perlu Tahu… No. 3 Tu Paling Scary Ok!

Izwan Isa
08/11/2022
12:50 MYT
Sponsor Banner
Lima Pantang Larang Jawa Dalam Filem Jagat Arwah Yang Penonton Perlu Tahu… No. 3 Tu Paling Scary Ok!
Filem seram fantasi, Jagat Arwah mungkin boleh dikategorikan sebagai antara filem unik yang diluncurkan pada 2022. Hal ini kerana, selain jalan cerita, filem ini turut mengangkat premis asal yang mengetengahkan makhluk ghaib sebagai adiwira.
Selain itu, terdapat juga sorotan mengenai beberapa pantang larang orang tempatan yang turut diselitkan dalam filem berkenaan. Nak tahu apakah pantang larang berkenaan? Jom semak!

Tidak sebulu dengan orang tua

Hubungan Raga (Ari Irham) dengan bapanya, Sukmo (Kiki Narendra) digambarkan sebagai tegang dan tidak harmoni. Mereka berdua mempunyai masalah komunikasi yang membawa maut sehingga mencetuskan perang dingin selama bertahun-tahun. Menurut satu mitos di Jawa, jika kanak-kanak itu tidak mengendahkan keadaan buruk dengan ibu bapanya, dia mempunyai peluang untuk menghadapi masalah pada masa hadapan.

Makan mendahului orang tua

Masih mengenai hubungan antara Raga dan bapanya, orang Jawa juga sangat mementingkan etika walaupun di dapur. Mereka percaya makan lebih awal daripada ibu bapa juga mempunyai akibatnya tersendiri.

Keluar rumah larut malam akan diculik makhluk halus

Dalam filem Jagat Arwah, Raga sering pulang lewat malam selepas sibuk berlatih pancaragam. Mengikut pantang larang datuk nenek sebelum ini, merayau ketika Maghrib boleh diculik oleh makhluk halus. Menerusi filem ini, Raga diikuti oleh salah satu roh yang tidak aman di tempat tinggalnya, dengan lokasi penggambaran di Kaliangkrik.

Burung gagak bawa petanda buruk

Orang Jawa percaya bahawa burung gagak yang berkeliaran di sekitar rumah membawa petanda buruk. Selain itu, kicauan burung pipit juga memberi petanda bakal datangnya berita yang menyedihkan. Meskipun kurang jelas, filem Jagat Arwah menyelipkan beragam pertanda sebelum hal buruk tiba.

Bersiul pada waktu malam boleh mengundang kedatangan pontianak (kuntilanak)

Tokoh Kuntilanak (Sheila Dara) merupakan salah satu watak hantu yang memegang peranan penting dalam Jagat Arwah. Bezanya, tanpa bersiul, Raga sudah memiliki satu ikatan sendiri dengan Kunti yang berkaitan pada masa lalunya. Ia sering dikaitkan sebagai nasihat agar seseorang tidak menimbulkan sebarang hal yang bukan-bukan pada waktu malam.
Kisah Jagat Arwah bermula apabila kematian Sukmo iaitu ayah kepada Raga yang didapati mencurigakan. Kemudian Raga mendapat tahu dia merupakan keturunan Jagat Arwah dan mewarisi tradisi keluarganya.
Dibantu temannya Jaya, Raga berusaha mengendalikan kekuatan yang ada di dalam dirinya dan bertemu dengan Nonik, Kunti dan Genderuwo. Pertemuan itu kemudian mengubah hidup Raga selamanya.
Jagat Arwah membariskan pelakon terkenal Indonesia seperti Ari Irham, Cinta Laura, Oka Antara, Sheila Dara, Ganindra Bimo, Kiki Narendra, Abdurrahman Arif dan Muhammad Khan.
Saksikan filem seram fantasi, Jagat Arwah di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Oktober 2022. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar