Hiburan
Lima Tahun Berkahwin, Mamat Sepah Teringin Timang Anak - “Mekah Nanti Perkara Pertama Saya Nak...”
Lima tahun melayari bahtera perkahwinan, pelawak Mamat Sepah berkongsi hasratnya untuk memiliki cahaya mata jika diizinkan tuhan.
BERITA BERKAITAN:13 Tahun Menghilang! Mamat Mahu Kumpul Momen Indah Bersama Shuib
BERITA BERKAITAN:Shuib, Mamat Akan 'Memilih' Tajaan Umrah - " Kalau Sudah Tertulis..."
Menurut Mamat, dia sudah lama mahu menimang cahaya mata namun masih belum ada rezeki buatnya dan isteri.
"Hampir lima tahun saya berumah tangga, tipu kalau saya kata tak ada rasa nak timang anak sendiri.
"Bila lihat kawan-kawan bermain dengan anak-anak mereka, terdetik juga dalam hati bila agaknya rezeki saya akan tiba.
Kadang-kadang rasa sedih dan kesian pada isteri, tapi mungkin ada hikmah di sebalik semuanya.
"Saya perlu pujuk hati sendiri dengan berfikiran positif," katanya kepada Gempak.
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad juga berkata, dia tidak akan melepaskan peluang untuk menunaikan umrah pada Hari Raya ini bagi memanjatkan doa agar impiannya untuk memiliki zuriat dimakbulkan.
"Insya-Allah, niat pertama saya apabila sampai di sana adalah untuk berdoa agar kami suami isteri dikurniakan anak.
"Saya benar-benar teringin dan sudah bersedia untuk mempunyai anak sendiri. Saya berharap Tuhan makbulkan doa saya," katanya.
Sekadar info, Mamat telah mengikat tali pertunangan bersama isterinya, Nordiana pada tahun 2018 sebelum sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada Mac 2020.
Must-Watch Video