GAYA HIDUP
Lima Taman Tema Wajib Singgah Di Malaysia, Mana Satu Pilihan Anda?
Taman tema menjadi salah satu destinasi hujung minggu kegemaran keluarga di Malaysia.
Daripada kanak-kanak hinggalah ke dewasa, taman tema sering menyajikan pelbagai aktiviti menarik!
Dengan variasi taman tema yang ada, ini lima tempat yang harus anda singgah hujung minggu ini.
1. Lost World of Tambun

Terletak di Ipoh Perak, taman tema ini menjanjikan keseronokan untuk seisi keluarga.
Anda boleh memilih daripada seleksi taman air, taman permainan kering, safari serta kolam air panas untuk bergembira.
2. I-City Shah Alam

Penggemar ledakan adrenalin boleh mencuba satu permainan air yang diberi nama Tornado Ride.
Tidak hanya taman tema, I-City turut mempunyai pelbagai permainan menarik untuk anda cuba.
3. Legoland Malaysia

Dengan keluasan tapak taman temanya, anda mungkin perlu masa seharian untuk menjelajah taman tema yang terletak di selatan tanahair ini.
Uniknya lagi taman ini, ia menarik golongan dewasa hinggalah kanak-kanak untuk pengalaman yang mengujakan.
4. KidZania

Terletak di Damansara, Selangor, taman tema ini menjadi pilihan ibu bapa kerana ia boleh memberi pendedahan kepada anak-anak mereka tentang dunia kerjaya.
KidZania juga merupakan antara taman tema kegemaran kerana terletak berdekatan pusat membeli-belah Ikea dan The Curve.
5. Bukit Gambang Water Park

Terletak di Bukit Gambar Resort City, Pahang, taman tema ini sering menjadi pilihan penduduk di pantai timur.
Selain taman tema air, ada permainan ATV yang boleh anda cuba. Tidak hanya untuk keluarga, taman tema ini menjadi pilihan badan-badan korporat melakukan aktiviti team building.

Layari www.etravelfair.com.my untuk mengetahui lebih lanjut pelan pelancongan yang ditawarkan.
Senarai rasmi pakej dan harga akan dilancarkan secara rasmi pada 2 September