Berita

Lima Tempat Wajib Anda Kunjungi Ketika Berada Di Langkawi

Rozaimi Zubaidi
20/09/2017
13:38 MYT
Sponsor Banner
Lima Tempat Wajib Anda Kunjungi Ketika Berada Di Langkawi
Sebut sahaja pasal Pulau Langkawi pasti ramai yang terbayangkan keindahan pantai serta aktiviti menarik seperti snorkeling dan bermain jet ski.
Tidak terhad kepada aktiviti di pantai, Pulau Langkawi juga mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati.
Jadi kami kongsikan lima tempat yang wajib korang lawati semasa berada di Pulau Langkawi.
1) Kota Mahsuri & Makam Mahsuri
Terletak kira-kira 12km dari Pekan Kuah, lokasi ini dikatakan tempat ikon lagenda Langkawi, Mahsuri dikebumikan.
Menurut cerita rakyat, Mahsuri dikebumikan di tempat lagenda itu menghembuskan nafas terakhirnya selepas dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.
Makam Mahsuri itu kini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional serta rumah Kedah mewakili binaan Langkawi yang popular suatu ketika dulu.
2) Dataran Helang
Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan tempat tumpuan pelancong dan sebuah mercu tanda di Langkawi.
Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan terminal jeti Kuah.
Menariknya, suasana waktu malam Dataran Lang ini sangat cantik dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.
3) Kereta Kabel Langkawi
Terletak di Gunung Mat Cincang dengan ketinggian 709 meter di atas paras laut ini mula dibuka kepada umum sejak 27 Februari 2005.
Kalau nak tahu, kereta Kabel Langkawi ini juga merupakan kereta kabel terpanjang didunia dengan kepanjangan 2.2km mengalahkan 'cable car' di Switzerland.
Pemandangan semasa dalam perjalanan ke puncak sungguh menakjubkan. Anda akan dapat melihat keindahan rupa bentuk geologi pulau dan pantai yang mengelilingi Pulau tersebut.
Pengunjung juga berpeluang untuk melihat sendiri keindahan pemandangan laut hindi ,laut andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand dengan jelas ketika berada di atas.
4) Jambatan Udara Langkawi
Jambatan udara atau Langkawi Sky Bridge yang melengkung ini dibina di atas puncak Gunung Mat Cincang.
Jambatan tergantung sejauh 100 meter ini menghubungkan stesen puncak untuk memberi pengunjung menikmati pemandangan gunung dan laut ketika berada di sana.
Untuk ke Jambatan Udara tersebut, anda perlu menaiki kereta kabel. Amacam? Ada berani?
5) Underwater World Langkawi
Underwater World Langkawi yang terletak di hujung Pantai Cenang bersebelahan dengan Pantai Tengah ini merupakan akuarium terbesar di Malaysia.
Pengunjung berpeluang untuk melihat haiwan akuatik daripada pelbagai spisis yang menakjubkan.
Di sini orang ramai boleh menjumpai lebih 200 spesis haiwan marin dan ikan air tawar.
Antara haiwan laut yang boleh dijumpai ialah Penguin, Ikan Jerung, Singa laut dan Ikan Arapaima.
Di sini juga terdapat terowong akuarium yang membolehkan anda melihat jerung dan penyu berenang ketika melaluinya.
Menarik bukan? Kalau anda teringin melancong ke Pulau Langkawi bersama Aizat & Nastia, beritahu kami. Kami bakal tunaikan permintaan anda.
Caranya mudah:
1) Pastikan akaun Instagram anda berada dalam mod public
2) Anda mesti mendaftar diri sebagai Gempak Fans untuk menyertai pertandingan ini.
3) Beritahu kami kenapa anda mahu bercuti di Pulau Langkawi bersama Aizat & Nastia serta follow dan tag @warnermusicmy dan @astrogempak.
4) Oh! Jangan lupa juga sertakan hashtag #GempakExclusiveAccess , #WMMxLangkawi dan #BercutiBersamaAizatxNastia.
Mudah bukan? Sertainya sekarang kerana tarikh tutup penyertaan adalah 24 September 2017.
Pemenang akan diumumkan pada 4 Oktober 2017.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar