UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Linda Hashim Nekad, Malu Bercerai Buat Kali Ketiga Dengan Beego - “Dia Tahu Apa Yang Dia Dah Buat”

Khairil Khusyairi 06/02/2025 | 05:55 MYT
Pelakon Linda Hashim memaklumkan dirinya sudah nekad untuk berpisah dengan suaminya, Beego atau nama sebenar, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah.

Nekad cerai

Menurut Linda atau nama sebenar Norhazlinda Hashim, 41, dia sudah terlalu banyak memberi peluang namun telah disia-siakan Beego selama mereka mereka berumah tangga sehingga dua kali cerai sebelum ini.

“Sebelum kali ketiga ini, ada kali pertama dan kedua dan ia patut dijaga. Bila ada rujuk semula, ia harus diperbaiki.
“Saya akui yang kedua itu agak sukar dan keputusan saya ini ada sebab.
“Memaafkan dan menerima segala kekurangan dan kelebihan. Terima maaf dan rujuk semula sebanyak dua kali itu semua peluang yang saya sudah beri,” ujarnya kepada Gempak.
Linda berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis
Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui wujud rasa malu apabila memilih untuk membuat keputusan untuk bercerai buat kali ketiga.

“Saya agak malu berdiri di sini, saya malu dengan anak-anak. Malu dengan rakan media, keluarga dan saudara-mara.

“Benda ini bukan perkara yang saya mahu. Dugaan buat saya dan Beego. Dah ditakdirkan tentang pertemuan dan perpisahan itu.

“Saya ada usaha dengan cara saya sendiri tapi mungkin ini jalan yang terbaik,” kongsinya.
Dalam keadaan sugul, Linda berharap suaminya itu bersikap ikhlas dalam melepaskannya secara baik demi kebaikan bersama.
“Dia faham perasaan saya. Jika saya memilih untuk tidak bercerai, saya takut saya tak ikhlas. Perkara itu tidak baik.
“Kita masing-masing perlu ikhlas dan dia juga tahu apa yang dia dah lakukan,” katanya lagi.
Mahkamah menetapkan 6 Mac depan merupakan tarikh sebutan kedua bagi kes tersebut.
Untuk info, Linda menfailkan cerai terhadap Beego pada 17 Januari lalu dengan alasan tidak mempunyai persefahaman.
Terdahulu, Linda dan Beego pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023, namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April tahun sama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

BERITA BERKAITAN: Linda Hashim Tiba Di Mahkamah Sendirian Bagi Sebutan Pertama Kes Cerai, Beego Tak Hadir

BERITA BERKAITAN: Beego Terkejut Isteri Fail Cerai, Dakwa Tak Terima Notis Dari Pihak Guaman Linda Hashim
#cerai #Beego #Hashim #Linda
;