Hiburan
Linda Hashim Tiba Di Mahkamah Sendirian Bagi Sebutan Pertama Kes Cerai, Beego Tak Hadir
Pelakon Linda Hashim tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendirian tanpa kelibat suaminya yang juga pelakon, Beego pada jam 9:10 pagi Khamis.
Berjubah gelap, Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim berkata dia sudah pun menghantar notis kepada pihak Beego selepas memfailkan penceraian pada awal bulan lalu.
“Hari ini adalah sebutan pertama selepas saya failkan penceraian.”
“Saya kurang pasti (keberadaan Beego) cuma dia dah dimaklumkan tentang sebutan hari ini selepas saya sudah menghantar notis mahkamah kepadanya,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Beego difahamkan tidak hadir kerana berada di Labuan.
Terdahulu, Linda disahkan memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atas alasan sudah tiada persefahaman.
Terdahulu, Linda dan Beego pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023, namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April tahun sama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
Must-Watch Video