Hiburan

"Lindungi Makcik Ini Ya Allah" - Naik Kerusi Roda Beli Barang Dapur, Dugaan Makcik OKU Ini Buat Ramai Sebak!

Hanafis Haris
09/04/2020
04:31 MYT
Sponsor Banner
"Lindungi Makcik Ini Ya Allah" - Naik Kerusi Roda Beli Barang Dapur, Dugaan Makcik OKU Ini Buat Ramai Sebak!
Jika kita fikir kita susah, pasti sebenarnya ada jauh lebih susah.
Mungkin itulah yang dialami seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) ini yang terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dari rumahnya menuju ke pasaraya berdekatan.
Kisah menyayat hati itu mula viral di media sosial sejak semalam selepas dua rakaman video memaparkan wanita tersebut dimuat naik oleh seorang pegawai 'frontliner' yang bertugas.
"Makcik ni OKU, dia nak pegi pasaraya tapi tiada mask. So kami bagi mask dan glove pada makcik ni.
"Dia sendirian je pegi beli barang, tak ade sape yang bantu dia. Beli barang pun lepas dapat bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Semoga dipermudahkan segala urusan," katanya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen tersentuh dengan apa yang dipaparkan menerusi rakaman video tersebut.
Kebanyakan mereka sebak apabila melihat dugaan yang terpaksa dihadapi wanita berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, layanan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terhadap wanita OKU tersebut juga meruntun jiwa.
Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar