Laman Utama
Lirik Lagu Lucah, Uyaina Arshad Mohon Ibu Bapa Pantau Anak-Anak
Pelakon Uyaina Arshad memohon maaf kepada semua pengikut laman sosialnya kerana telah menjadikan lagu yang mengandungi lirik lucah sebagai latar muzik pada salah sebuah hantaran di Instagram (IG).
Menerusi perkongsian tersebut Uyaina berkata dia telah memadam hantaran yang menggunakan lagu berjudul Touch It nyanyian Busta Rhynes itu.
Kata Uyaina, dia hanya menyedari mengenai lirik lagu tersebut mengandungi kata-kata lucah selepas ditegur seorang rakan.
“First of all, Yana nak mintak maaf. Tadi Yana buat satu posting untuk buat giveaway iPhone kepada followers Yana.
“Sayang sekali Yana gunakan lagu ini sebagai musicnya tanpa memahami lirik disebalik lagu ni. At first, betul-betul ingat ni bukan Bahasa Inggeris. Sebab bunyi dia aneh.
“Tapi nasib baik @jaydeesm dm cepat2 dan bagitau tentang makna disebalik lirik lagu ni. Thank you so much Jaydee!
“Kepada followers Yana semua, Yana mintak maaf. Nanti bila dah tukar music (takde complicit lirik macam ni definitely) Yana akan buat posting untuk giveaway iPhone tu esok ya.
“Sekali lagi, Yana mintak maaf ya. Harap kita semua belajar dari benda ni terutamanya untuk diri Yana sendiri,” katanya.
Pelakon Love Elsa ini turut memuat naik amaran kepada ibu bapa yang tidak sedar mengenai lirik keterlaluan dalam lagu terbabit.
Malah ramai ibu bapa menari Tik Tok dan membuat rakaman menggunakan lagu Touch It tanpa mengetahui maksudnya.