Laman Utama
Lirik Lagu 'Putus Terpaksa' Nyanyian Ziana Zain Yang Pernah Cetus Kontroversi Tahun 1993
Penyanyi: Ziana Zain
Komposer: Saari Amri
Tahukah korang lagu nyanyian Ziana Zain, Putus Terpaksa yang kembali viral apabila Kak Lina Pom Pom menyanyikan di pentas Big Stage 5 pernah mengundang kontroversi sebelum ini.
undefined
Putus Terpaksa difahamkan berdasarkan kisah percintaan seorang wanita dengan lelaki yang bergelumang najis dadah. Wanita terbabit merayu kepada teman lelakinya agar berubah.
Akhirnya, percintaan pasangan itu berakhir kerana wanita terbabit tidak sanggup meneruskan hubungan mereka.
Lagu terbabit pernah mara ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 1993 namun gagal ke pentas AJL 1993 disebabkan kontroversi liriknya yang sensitif kepada umum ketika itu.
Jom baca balik lirik lagu Putus Terpaksa, Ziana Zain:
Verse 1 :
Seringkali kau menepis
Tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku
Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku
Verse 2:
Demi masa hadapan kita
Aku merayu kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Kupasti ruang untukmu
Masih ada
Chorus :
Puas sudah ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk
Impian hidup kita
Namun tiada oh kudratku
Untuk halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu
Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti
(CHORUS )
Verse 3 :
Demi masa hadapan
Tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua kuundur diri(x 2)