Hiburan

Lisa Surihani Kongsi Foto Bersama Suami & Anak-Anak, Peminat Puji – “Natural Beauty, Anak-Anak Pun Comel”

Khairil Khusyairi
25/10/2024
13:50 MYT
Sponsor Banner
Lisa Surihani Kongsi Foto Bersama Suami & Anak-Anak, Peminat Puji – “Natural Beauty, Anak-Anak Pun Comel”
Aktres Lisa Surihani mencuri tumpuan ramai di media sosial baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Lisa yang juga isteri kepada pengarah dan penerbit Yusry Abdul Halim itu berkongsi foto dia bersama keluarga.

Kongsi Foto Bersama Suami & Anak-Anak

Lebih manis, foto-foto tersebut turut mempamerkan gelagat anak-anaknya yang comel.
Dalam perkongsian tersebut, aktres filem I’m Not Single itu hanya meletakkan emoji putih di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian penuh manis itu.

Netizen Puji Keluarga Bahagia

Rata-rata peminat turut memuji dan mengagumi kebahagiaan keluarga tersebut.

“Happines dia boleh rasa sampai sini,” tulis warganet.

“Keluarga bahagia. Semoga dilindungi Allah selalu,” doa peminat.

“MasyaAllah, moga Allah perlihara keluarga ini sehingga ke syurga,” komen peminat lagi.

Kecomelan Anak Curi Tumpuan

Selain itu, ramai juga memuji kecomelan anak-anak Lisa dan Yusry.

“Comelnya anak-anak Lisa. Yang paling kecil tu macam Lisa. Semoga Lisa, Yusry dan keluarga terus bahagia hingga ke Jannah,” puji peminat.

“MasyaAllah all the children are so cute. Yong looks similar macam Mummy. So sweet,” komen peminat.

“Yang kecil copy paste Lisa betul ya, cute,” komen netizen lain.

“Comel-comel anak-anak Lisa macam ayah ibunya,” puji peminat lagi.
Untuk info, Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar