Laman Utama

#ListenToAided: Jangan Bosan Duduk Di Rumah, Jom Layan Lima Lagu Yang Menenangkan Ini!

Asraf Aided
24/05/2021
13:10 MYT
Sponsor Banner
#ListenToAided: Jangan Bosan Duduk Di Rumah, Jom Layan Lima Lagu Yang Menenangkan Ini!
Muzik umpama pelengkap kepada satu suasana, kadang-kadang, ia mampu mengubah mood kita menjadi lebih ceria dan bersemangat.
Pada saya, jika lirik sesuatu lagu itu agak menyedihkan tidak mengapa, asalkan susunan muzik dan rentaknya itu menenangkan dan mampu memberi vibes yang positif.
Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus dilaksanakan dan memerlukan kita untuk duduk di rumah, don't be stress, jom dengarkan lima lagu ini!
Pasrah - Ermy Kullit
This one is my favorite! Saya tak pernah jemu memainkan lagu ini. Ermy Kullit merupakan penyanyi berbakat besar di Indonesia, and she's big in the industry!
Meskipun liriknya menceritakan tentang rasa pasrah kerana sang kekasih berdiam diri tanpa sebarang kabar, namun vokal, cara nyanyian dan muzik lagu ini disampaikan dengan tenang, and yes, classy!
Kasih - Hetty Koes Endang
Saya pasti ramai yang tahu lagu ini, tapi mungkin tak ramai yang tahu Kasih merupakan lagu nyanyian semula oleh Hetty selepas lagu asalnya yang turut dinyanyikan oleh Ermy Kullit (1986)
Hetty pada 1987 mempertaruhkan elemen keroncong untuk menyuntik identitinya yang tersendiri. Kasih juga merupakan satu lagu evergreen yang tak pernah lapuk dan sering dimainkan di majlis-majlis hingga kini.
Hitam Putih Kehidupan - Datuk Sheila Majid
Lagu yang dilancarkan pada tahun 1987 ini mengisahkan baik buruk kehidupan. Siapa sahaja yang mampu lari dari masalah, setiap orang akan diuji dengan jalan yang berbeza dan diri kitalah yang boleh mengubah nasib diri sendiri.
Susunan muzik dan cara nyanyian Sheila yang tenang juga menambahkan lagi positive vibes pada lagu ini.
Berita Kepada Kawan - Ebiet G Ade
Yang yang ditulis penyanyi berbakat Indonesia pada tahun 1978 ini penuh makna di sebalik bahasa sastera yang digunakan.
Ebiet G. Ade amat meminati bidang kesusasteraan dan pernah bercita-cita untuk menjadi penyajak, namun dia merasakan cara bacaan sajaknya kurang sempurna dan memilih untuk menjadi penyanyi.
Menerusi karya-karya beliau, banyak mesej berkaitan alam sekitar, kemanusiaan dan macam-macam lagi diketengahkan.
The Moon Represents My Heart - Teresa Teng
Lagu nyanyian superstar kelahiran Taiwan ini sememangnya diketahui ramai, malah biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza pun pernah mempersembahkan lagu ini.
Lagu ini dinyanyikan semula oleh Teresa pada 1977 selepas penyanyi asal Chen Fen-lan melancarkannya pada sekitar awal 70'an.
Everyone knows, Teresa was big during her time! Bak kata orang, dimana ada orang Cina, disitulah adanya muzik Teresa Teng.
Demikianlah lima lagu yang menenangkan saya kongsikan bersama anda.
Bagaimanapun, pilihan lagu kita semua bergantung kepada citarasa masing-masing, apapun, semoga anda terhibur!
Kredit Foto: Tatler Malaysia (Sheila Majid), Sisi Hidupku (Ermy Kullit), The Straits Times (Teresa Teng), Viva (Ebiet G Ade), Kumparan ( Hetty Koes Endang)
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024