Laman Utama

#ListenToAided: Markah Tertinggi Dua Minggu Berturut-Turut Di GV8, Jom Layan Lima Lagu Aliff Aziz!

Asraf Aided
01/12/2021
15:18 MYT
Sponsor Banner
#ListenToAided: Markah Tertinggi Dua Minggu Berturut-Turut Di GV8, Jom Layan Lima Lagu Aliff Aziz!
Dua minggu berturut-turut rezeki memihak kepada Aliff Aziz yang meraih markah tertinggi dalam pertandingan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).
Siapa sangka, penyanyi yang sering terpalit dengan kontroversi sebelum ini itu sebenarnya masih mempunyai aura dan tentunya kualiti persembahan seperti yang dimahukan para juri setakat ini.
Ketika menonton konsert minggu kedua GV8 Ahad lalu, penulis sebenarnya sudah menjangkakan Aliff akan menduduki tangga pertama, paling tidak tempat kedua.
Bukanlah bermaksud penulis mahir atau hebat menilai persembahan umpama mengambil alih kerusi juri, tapi kemunculan Aliff mempersembahkan lagu Kasih Tak Sampai nyanyian asal Padi memang memukau.
Justeru, kolum muzik #ListenToAided kali ini ingin mengimbas kembali lima lagu penyanyi kelahiran Singapura yang juga suami kepada pelakon Bella Astillah, Aliff Aziz.
Sayang Sayang
Lagu ini sememangnya cukup sinonim dengan Aliff, malah dia juga mempersembahkan lagu ini dalam konsert pembuka tirai GV8 baru-baru ini.
Sayang Sayang dilancarkan pada tahun 2007 dibawah kelolaan Sony Music Entertainment Malaysia dan Singapura ketika itu.
Setakat artikel ini ditulis, lagu Sayang Sayang yang telah berusia 14 tahun itu mendapat lebih 2 juta tontonan di YouTube.
Jangan Ganggu Pacarku
Pada tahun 2012, Aliff tampil dengan lagu Jangan Ganggu Pacarku.
Lagu ini berkisarkan tentang perbuatan mengurat di platform media sosial dan dari perspektif penyanyi, dia tidak mahu lelaki lain menganggu teman wanitanya di Facebook.
Jumlah tontonan di YouTube bagi lagu ini pula menghampiri angka 3 juta.
Tak Ada Cinta Sepertimu
Aliff pernah berduet dengan penyanyi terkenal Siti Nordiana menerusi lagu Tak Ada Cinta Sepertimu.
Lagu ini dilancarkan pada tahun 2014 di bawah syarikat rakaman FMC Music Sdn Bhd.
Dalam video muziknya yang mencecah lebih 7 juta di YouTube, Aliff tampil sedikit berbeza dengan imej rambutnya yang berwarna 'blonde'.
Sandar Padaku
Selain Siti Nordiana, Aliff juga pernah menghasilkan lagu dengan pelakon popular, Mira Filzah menerusi Sandar Padaku.
Lagu yang dilancarkan pada tahun 2017 ini merupakan runut bunyi untuk drama bersiri lakonan mereka berdua iaitu Meh Sandar Pada Aku.
Sejak dilacarkan, lagu ini kini mendapat lebih dua juta tontonan di YouTube.
Keajaiban Cinta
Last but not least, lagu duet Aliff bersama Adira Suhaimi ini juga tidak kurang hebatnya!
Sedar tak sedar, lagu ini sudahpun memasuki tahun yang kesembilan sejak dilacarkan pada 2012.
Meskipun sudah agak lama, ia masih sedap didengar dan penulis percaya masih ramai yang boleh sing along ketika mendengar lagu ini.
Demikianlah lima lagu Aliff Aziz yang diimbas dalam #ListenToAided kali ini.
Apapun, semoga Aliff melakar kejayaan dalam GV8 dan seterusnya dalam kerjaya secara keseluruhan!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar