Laman Utama

Liyana Jasmay Mahu Kurus; "Tolong Ya Bagi Sokongan Moral"

Asraf Aided
17/10/2021
12:45 MYT
Sponsor Banner
Liyana Jasmay Mahu Kurus; "Tolong Ya Bagi Sokongan Moral"
Pelakon dan pengarah Liyana Jasmay berhasrat untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan kembali bentuk tubuhnya seperti dahulu.
Liyana berkongsi perkara itu beserta foto lamanya di akaun Instagram miliknya.
"Saya boleh lakukan ini, I have to be kurus seperti sebelumnya. Okay tolong ya bagi moral support sikit kat saya," coretnya.
Kata Liyana, dia sudah boleh mengawal pemakanan sebelum ini tapi gagal mengawal selepas kembali ke set penggambaran sejak kebelakangan ini.
"Hari tu dah okay, bila PKP lepas tu shooting 2 minggu kami asyik makan saja. Goal saya nak hilangkan 5kg.
"Harap saya boleh capai awal November ini!," tulisnya lagi.
Liyana bagaimanapun tidak menyatakan berat badannya sekarang dan berat ideal yang ingin dicapainya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Liyana memberi sokongan positif kepadanya.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu itu mendapat lebih 2,000 tanda suka dari wargamaya.
Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Korang dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar