Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

'Love Is In The Air' - 3 Hari MIX Tayang Video Luahan Cinta Gadis Ini Di Pusat Beli-Belah

Amri Hassan 16/02/2020 | 05:39 MYT
Penyampai radio MIX, Aishah, Rod dan Prem menerusi segmen MIX Breakfast akhirnya memilih seorang pemenang bertuah daripada peraduan Love Is In The Air.
Gadis yang bernama Juliana Khoo itu dipilih sebagai pemenang dan berpeluang untuk meluahkan rasa cintanya terhadap pasangannya menerusi rakaman video 15 saat.
Menariknya, video itu disiarkan sepanjang tiga hari di pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur sejak 14 Februari lalu!
Juliana dipilih berdasarkan kreativiti dan sajak uniknya yang dihantar kepada MIX pada awal bulan Februari lalu.
Dalam video berkenaan juga Juliana menyatakan hasratnya untuk memberikan kejutan buat kekasihnya dengan cara yang tidak dapat dilupakan.
Jadi, anda masih berkesempatan untuk menyaksikan video romantik itu yang masih disiarkan di pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre sampai hari ini.
#Viral #Viral #Love Is In The Air #MIX Breakfast
;